Wednesday, March 23, 2016

Pra Kursus Pegawai Baharu

22 Mac 2016; Pra Kursus Pegawai Baharu.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dari BTP di Bukit Kiara ke BTPN Negeri Sembilan. Saya dan Roseniah tiba di BTPN Negeri Sembilan hampir jam 11.30 pagi dan mendaftarkan diri di asrama dan mendapatkan sedikit "refreshment" dari salah sebuah kedai cendol yang terkenal di sini. Oleh kerana kami sampai lebih awal, kami bercadang makan di luar cafe BTPN bagi mencuba sesuatu yang baharu dan istimewa di sini.

Majlis Pembukaan Kursus Pegawai Baharu BTP

Program bermula pada jam 2.30 petang di Dewan Kuliah A. Ucapan pembukaan adalah dari Puan Maimunah Bt. Mat Tahir, Ketua Penolong Pengarah(KPP) Sektor Pembangunan Kapasiti Tekonologi Pendidikan(PKTP). 


Program diteruskan dengan ice breaking dan juga aktiviti menjawab soalan Pre Test secara online bagi melihat pengetahuan sedia ada setiap peserta program ini.